Thursday 7 November 2013

Pengenalan

Pelbagai spesies ketam nipah iaitu Scylla sp dijumpai meluas di kawasan hutan bakau di mana habitatnya meliputi kawasan berlumpur zon pasang surut. Ianya merangkum sebahagian kecil perikanan di persisiran pantai.

Kebanyakan nelayan tempatan menggunakan bubu ketam untuk menangkap spesies ketam ini dan spesies ini berpotensi sebagai komoditi perikanan disebabkan kualiti.

Semenjak ternakan udang harimau diserang pelbagai wabak penyakit dan hampir melumpuhkan industri tersebut, ternakan ketam nipah boleh dikatakan memberi satu kegiatan akuakultur yang dianggap mempunyai potensi yang memberangsangkan di masa ini. Ketam nipah dari spesis Scylla serrata adalah jenis yang dianggap sesuai diternak disebabkan isinya yang padat, sedap dan rasa yang enak. Ketam jenis ini adalah spesies yang penting dan mempunyai permintaan yang meluas di seluruh negara Indo-Pasifik. Harga ketam nipah adalah tinggi bergantung kepada saiznya, sebagai contohnya ketam nipah yang ada telur berharga antara RM30-RM40 seekor. Di Malaysia, industri ketam nipah dijalankan secara kecil-kecilan oleh kaum nelayan.


Secara ekologinya, kitar hidup ketam nipah bermula di kawasan paya hutan bakau dan ketika ketam nipah hendak bertelur, ianya akan berenang ke laut dan melepaskan seluruh telurnya. Induk ketam yang sihat boleh menghasilkan 3 juta telur. Apabila telur menetas, peringkat anak larva iaitu zoea akan mengambil masa 30 hari menjadi anak ketam dan kembali ke habitat asalnya iaitu di kawasan paya  hutan bakau.

Di Malaysia, ternakan ketam nipah bermula dengan ternakan anak ketam nipah yang ditangkap di kawasan paya bakau dan di pelihara sehingga membesar ke saiz yang sesuai untuk dijual.  Penangkapan anak ketam nipah secara berleluasa akan mengakibatkan populasi ketam nipah berkurangan. Oleh yang demikian, Pusat Kajian Samudera dan Pantai sedang menjalani kajian penghasilan benih ketam nipah sebagai usaha menjamin bekalan anak ketam dapat menampung  untuk keperluan  industri ternakan ketam nipah di masa akan datang. Di samping itu, populasi ketam nipah di kawasan asalnya terpelihara dan tidak pupus di masa akan datang.

Telur Ketam

Induk ketam yang sihat

-USM We Lead-

0 comments:

Post a Comment


Social Profiles

TwitterFacebookGoogle PlusLinkedInRSS FeedEmail