Thursday 19 December 2013

Bengkel Pengenalan Penternakan Ketam Nipah


25 November 2013, Teluk Bahang

     Satu bengkel pengenalan mengenai penternakan ketam nipah telah selamat diadakan pada isnin lepas. Bengkel yang disertai oleh ahli KUNITA seramai 15 peserta ini,dianjurkan oleh Pusat Kajian Samudera dan Pantai ( CEMACS) dibawah geran APEX DE. Antara objektif utama bengkel ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan USM sebagai salah satu pusat penyelidikan ketam nipah kepada penduduk tempatan. Selain itu, bengkel ini juga diadakan agar pemindahan ilmu dari USM kepada masyarakat dapat dicapai terutamanya penternakan ketam nipah yang menjadi fokus utama geran ini.

Penyelidik bersama Ahli KUNITA Teluk Bahang

     Cuaca mendung dipagi hari ternyata tidak melemahkan semangat para peserta bengkel. Malahan ada di antara peserta yang sudah mencecah umur 74tahun. Semangatnya yang berkobar-kobar ternyata memberi semangat kepada peserta yang lain. Para peserta telah berkumpul seawal jam 8.00 pagi biarpun program hanya akan bermula pada jam 9.00 pagi. pada jam 9.20 pagi, para peserta menaiki bot untuk menuju ke CEMACS.

Para peserta menaiki bot USM

    Usai sarapan pagi, sesi pertama bengkel dimulakan pada jam 10.10 pagi oleh Dr Anita selaku ketua penyelidik. Sesi pengenalan ternakan ketam nipah oleh Dr Anita ternyata berjaya mencuri perhatian para peserta. Malah sudah ada yang tidak sabar-sabar untuk bertanya soalan.

Sarapan pagi


perbincangan serius ketika sarapan pagi


Sesi Pengenalan ternakan ketam nipah oleh Dr Anita
     Bengkel diteruskan dengan sesi Ternakan Ketam Nipah Bersepadu oleh Dr Misni. untuk sesi ini, Dr Misni turut dibantu oleh dua usahawan Ketam Nipah dari Merbok, Kedah. Para peserta ajar secara teori mengenai penternakan ketam nipah. En Zamri dan En Shukri mempunyai pengalaman selama 8 tahun dalam bidang penternakan hasil laut seperti ikan kerapu, udang, rumpai laut serta ketam nipah. Pengalaman dari Usahawan Ketam Nipah ini sangat berguna kepada para peserta terutamanya bagi mereka yang benar benar berminat untuk melakukan penternkan ketam nipah dimasa hadapan.

Sesi Ternakan Ketam Nipah Bersepadu oleh Dr Misni


En Shukri menunjukkan cara mengenalpasti jantina ketam


Salah peserta menunjukkan ketam nipah

   
   Sesi ketiga diteruskan dengan sesi praktikal di tanki fiber dan di kanvas ternakan ketam nipah. Para peserta turut dibawa melawat penyelidikan penetasan ketam nipah yang dijalankan oleh Kwong Kok Onn, salah seorang pelajar Master di CEMACS. Ternakan ketam nipah yang dijalankan di dalam tanki fiber oleh Latiful (Pelajar Phd) serta ternakan ketam nipah di dalam kanvas oleh Azrul (Pembantu penyelidik), merupakan salah satu pilihan yang dapat dipilih oleh para peserta untuk melakukan penternakan ketam nipah dalam kawasan yang terhad. Hal ini sekaligus mengurangkan kebimbangan para peserta yang tidak mempunyai kawasan yang luas untuk melakukan penternakan ketam nipah.


Ternakan Ketam Nipah di dalam Tanki Fiber


Sedikit penerangan daripada Dr Anita kepada para peserta


En Kwong Kok Onn memberi penerangan kepada salah seorang peserta yang sudah pun berumur 74tahun

Di bawah turut disertakan beberapa gambar sepanjang bengkel tersebut:

sesi pertunjukkan ketam nipah


para peserta tekun mendengar penerangan daripada panel penceramah


Kak Wan Delima menunjukkan kembali keada peserta perbezaan jantina ketam nipah


wajah riang peserta cilik dapat memegang ketam nipah yang masih hidup

para peserta membelek ketam nipah bersaiz gred A

Penerangan oleh Dr Misni

gambar menunjukkan ketam cuba bersembunyi dibawah rumpai laut


Salah satu peserta tekun mengambil nota


Kak Wan mengangkat tangan untuk menanyakan soalan


Penerangan oleh En Shukeri

Perbezaan jantina ketam nipah melalui karapasnya


Tekun Kak Wan Bertanyakan soalan

Ketam nipah bersaiz Gred A

Para peserta tekun mendengar penerangan daripada Dr Misni

Aksi merbahaya oleh En Shukri yang mengajar cara-cara mengikat ketam nipah

Kak Chik melihat ketam nipah yang dibawa daripada Merbok

En Rafaiee memberi penerangan kepada para peserta mengenai saiz fiber

Staff CEMACS turut tidak melepaskan peluang untuk menyertai bengkel ini


Terima kasih kepada semua yang terlibat, terima kasih kepada pihak KUNITA yang sudi menyertai program ini, dan terima kasih tak terhingga kepada Geran APEX DE yang membolehkan kami melakukan pemindahan ilmu kepada komuniti.



0 comments:

Post a Comment


Social Profiles

TwitterFacebookGoogle PlusLinkedInRSS FeedEmail