Friday 24 January 2014

Bengkel Ternakan Ketam Nipah Modul dua

Kumpulan Projek ini Telah bersetuju untuk mengadakan satu lagi bengkel ternakan ketam nipah fasa ke dua. Berdasarkan sambutan dari pihak KUNITA serta masyarakat Teluk Bahang, kami ingin terus menyemarakkan semangat mereka dengan mengadakan bengkel kedua pula. Kali Ini bengkel penternakan Ketam Nipah ini akan diadakan di Merbok Kedah.



InsyaAllah pada tarikh 24 Februari nanti, bengkel ini akan dilaksanakan di kawasan kolam ketam nipah. Hal ini bertujuan untuk melakukan sesi praktikal dikawasan kolam, agar para peserta yang terlibat tahu selok belok penternakan ketam nipah dikawasan kolam. Malahan kami berharap agar para peserta dapat menimba ilmu dalam penternakan ketam yang akan dikongsi bersama oleh para penternak di sana.





Sedikit gambaran dari kolam ternakan ketam nipah di Merbok sebagai permulaan.
Bagi yang berminat untuk menyertai boleh la hubungi kami di emel rasmi kami iaitu ketamnipahusm@gmail.com

-USM We Lead-

0 comments:

Post a Comment


Social Profiles

TwitterFacebookGoogle PlusLinkedInRSS FeedEmail